
Assalamualaikum W.B.T,
Kami wakil dari pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM ingin memohon sumbangan daripada pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan semua bagi program kesukarelawan dan kemasyarakatan di Jepun yang akan diadakan pada 1-9 November 2018. Program ini salah satu daripada program anjuran USIM.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menggerakkan satu pelan penerokaan pengalaman baru yang berstruktur melalui Pengembaraan Global Islamic Students Outreach atau akronimnya GISO.
Sedikit ringkasan mengenai aktiviti yang akan dijalankan di Osaka, Jepun :
1. Sesi peningkatan pengetahuan, melawat dan berkongsi momen dengan masyarakat Islam di Masjid Ibaraki
2. Lawatan ke Masjid Kobe, "Menyebarkan Kebaikan" dan "Jalan Da'wah"
3. Terokai persekitaran universiti antarabangsa dan kongsi maklumat mengenai ekonomi di The School of Economics, Universiti Osaka.
Dengan ini disertakan surat kelulusan giso dan kelulusan menjalankan aktiviti penajaan. surat kelulusan - Sila Klik
Jadi, kami berbesar hati sekiranya pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan sudi memberikan sumbangan bagi menjayakan program bertaraf antarabangsa ini di mana pada masa yang sama dapat mengharumkan lagi nama Malaysia di persada dunia.
Semoga Allah SWT membalas jasa baik Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Najlaa', 012-9890413 dan Cik Aziah 019-6472975
Sekian, terima kasih.
RM50.00
RM10.00
RM10.00
RM10.00
RM25.00
RM2.00
RM20.00
RM5.00
RM10.00
RM100.00