...

BELI PEK DAN TAJA BERBUKA PUASA

RM 1,212 of RM 100,000
46 Days
52+
Total Backers
RM 1,212
Total Collected
Admin

 BELI PEK DAN TAJA BERBUKA PUASA

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Ramadhan ialah bulan yang penuh barakah dan rahmat untuk semua umat Islam. Ramadhan juga ialah bulan memberi. Ramai yang akan berlumba-lumba bukan sahaja menunaikan ibadah tetapi juga untuk menghulurkan tangan dan membantu golongan yang memerlukan. Jadi, sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak 2021/1442H yang bakal tiba, kami dari team JomDonate.Com akan menjalankan Kempen Sedekah Pakej Berbuka Puasa khusus untuk membantu fakir miskin, yang terdiri daripada golongan asnaf, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, gelandangan dan sesiapa sahaja yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk membeli makanan berbuka.

 

Penerima manfaat yang dipilih daripada kempen ini merupakan mereka yang hidup di bawah kemiskinan dari anak-anak kecil sehingga sebuah keluarga yang memerlukan bantuan makanan. Kerana itu, JomDonate.Com berhajat untuk kita sama-sama dapat membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan mengisi perut mereka pada bulan Ramadan ini. Makanan yang kami akan sediakan ini adalah makanan yang berkhasiat agar mereka dapat menjaga kesihatan dan dapat meningkatkan amal ibadah dalam bulan yang mulia ini.

 

Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia untuk membantu fakir miskin yang dikasihi terutama sekali di bulan yang mulia. Walaupun dengan sumbangan RM10 setiap 1 pek, ia sudah cukup bernilai dan memberikan kesederhanaan berbuka puasa bagi masyarakat orang islam di Malaysia.

 

RM10 ini mungkin kecil nilainya bagi kita dan boleh beli sarapan pagi untuk seorang. Namun, ia mampu menyediakan iftar buat satu orang untuk sehari.  Jadi sempena bulan Ramadan yang mulia ini, ayuh kita rebut pahala bersedekah dan menjamu makanan iftar untuk saudara kita.

 

Berapa dana yang kami perlukan untuk kempen Ini?

Setakat ini, kami sasarkan dana minimum RM100,000 sebelum tamat bulan Ramadan pada tahun 2021. Wang ini akan digunakan bagi menampung kos :-

 

·         Berbuka puasa bagi setiap individu atau satu keluarga

·         Kos upah untuk operator

 

Justeru itu, lagi banyak wang yang dapat dikumpul, lagi ramai keluarga dapat menikmati ramadhan sebagaimana muslim di negara lain menjalani ibadah pada bulan ramadhan dengan penuh nikmat.

 

Kempen Pakej Berbuka Puasa ini akan diagihkan kepada warga Selangor. Kami akan menyediakan makanan ini di masjid atau surau dikawasan Selangor. Pihak masjid atau sukarelawan akan mengagihkan makanan tersebut kepada setiap individu mahupun keluarga yang hadir ke masjid surau untuk mendapatkan juadah berbuka.

 

Kami menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sama-sama dapat membantu kami untuk merialisasikan kempen ini dengan jayanya. Ramadhan bukan sahaja bulan untuk meningkatkan hubungan dengan Tuhan tetapi juga untuk menghulurkan tangan kepada golongan yang memerlukan.

 

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)


 ===========================

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,sila hubungi nombor berikut :

============================

📱011-16474788

(Admin JomDonate.Com -Amirah-)

============================

Salurkan sumbangan anda melalui: 

============================

📌

https://toyyibpay.com/Pakej-Sedekah-Berbuka-Puasa

https://toyyibpay.com/Pakej-Sedekah-Berbuka-Puasa

https://toyyibpay.com/Pakej-Sedekah-Berbuka-Puasa

============================

Layari website kami di:

============================

🌐 https://www.jomdonate.com/ 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3 years ago
RM 5
Anonymous
3 years ago
RM 10
Anonymous
3 years ago
RM 100
Anonymous
3 years ago
RM 100
Anonymous
3 years ago
RM 10
Anonymous