...

Ringankan Beban Golongan Terjejas Semasa PKP

RM 6,450 of RM 10,000
Open Campaign
349+
Total Backers
RM 6,450
Total Collected
Admin

Assalamualaikum wbt

Hari demi hari seperti yang dijangka kes covid-19 di Malaysia pada waktu ini semakin meningkat sehingga kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) menyeluruh atau FMCO bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dalam fasa PKP 3.0 bagi membantu menangani penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di negara ini.

Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Oleh itu kami dari team Jom Donate ingin membuat kempen berbentuk sumbangan untuk membantu  golongan yang terjejas semasa PKP 3.0. Kami menerima berapapun yang ingin disumbangkan oleh anda semua.

Sejak Februari lalu kami telah menerima pelbagai whatsapp yang memerlukan barang keperluan asas. Tambahan pula mereka yang mempunyai anak kecil untuk diberi makan setiap hari atau mereka yang dalam keadaan sakit dan tidak boleh pergi ke hospital kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Kami berharap tuan/puan semua dapatlah bersama kami untuk membantu mereka yang memerlukan keperluan makanan. sasaran kami adalah sebanyak RM10,000. 

Segeala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah membalas segala usaha kalian dalam membantu program ini dengan pahala yang berpanjangan. InshaAllah. 

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami di talian: 011-16474788 (Whatsapp Admin JomDonate)


Terima Kasih.

2 hours ago
RM 100
Anonymous
4 hours ago
RM 2
Anonymous
1 day ago
RM 30
Anonymous
1 day ago
RM 10
User - Roshima
2 days ago
RM 10
Anonymous