...

Misi Dakwah OA 2

RM 0 of RM 5,000
19053 Days
0+
Total Backers
RM 0
Total Collected
PERKIM BANDAR TASIK PUTERI

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Para dermawan dan penyumbang yang dimuliakan Allah, PERKIM BTP bersama Kelab PERKIM UIA akan melaksanakan misi dakwah Orang Asal (OA) di Pos Lemoi, Cameron Highlands pada 2 March 2022 hingga 5 March 2022.

 

Antara objektif misi ini adalah untuk menyantuni OA yang sudah memeluk Islam supaya mengamalkan Islam dan suka kepada Islam. Manakala yang belum memeluk Islam kita ajak mereka  mengenali Islam.

 

Antara sumbangan dari PERKIM BTP untuk OA di Pos Lemoi ini ialah hygiene kits, stationery kits, barang makanan asas serta aktiviti ramah mesra seperti sukaneka, masak dan santapan bersama warga OA di sana seramai 60 keluarga.

 

Semoga sedikit sumbangan anda dapat membantu kami melaksanakan misi dakwah ini.

 

Di samping SEBARKAN SALAM dari anda semua, kami akan berusaha untuk SEBARKAN ISLAM di kalangan mereka. Jika anda bersama kami, ayuh bantu kami dengan sedekah seikhlas hati hari ini!