Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Memohon sumbangan bagi Program Tautan Kasih Rumah Bakti anjuran pelajar dari kursus GDG1011 Social Responsibility Diploma In Accounting, University Malaya Centre For Continuing Education (UMCCED) bagi tugasan berkumpulan yang akan dianjurkan pada tarikh 18 MAC 2022 (JUMAAT) bertempat di Rumah Bakti Kedai Buluh, Kota Bharu Kelantan.
Sumbangan ini akan digunakan bagi program yang akan kami anjurkan bersama anak-anak dan pihak yang tinggal di Rumah Bakti Kedai Buluh, Kota Bharu yang mempunyai bil pelajar seramai 16 orang dan 4 orang guru.
Daripada projek yang sedang kami usahakan ini, jumlah wang yang diterima akan kami gunakan untuk membeli barang keperluan memasak bagi program memasak secara gotong-royong di Rumah Bakti yang terdiri dari 20 orang dan dianggarkan program ini juga akan disertai oleh orang kampung disitu. Sekiranya terdapat baki, dana tersebut akan kami gunakan untuk membeli tambahan hadiah saguhati aktiviti sukaneka untuk pelajar.
Kutipan ini akan digunakan sepenuhnya untuk :
Projek Tautan Kasih Rumah Bakti dianjurkan oleh sekumpulan pelajar dari kursus GDG1011 Social Responsibility yang dianggotai oleh lapan (8) orang pelajar iaitu :
Nurdiana Binti Mohammad Ridzuan (UDE200105)
Nor Adilla Izzati Binti Mustaffa (UDE200072)
Nur Fakhirah Bt Mohd Hapizi (UDE200084)
Nur Shamimi Binti Shah Rani (UDE200098)
Nurfarah Najihah Binti Nasri (UDE200106)
Nurul Nadia Syazliana Binti Zainuddin (UDE200111)
Umie Hanie Binti Aidi (UDE200130)
Wan Shaheerah Adlina Binti Mohammad Rizal (UDE200135)
Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan ingin menyumbang dan menjadi sebahagian daripada Program Tautan Kasih Rumah Bakti ini.
Semoga program ini dapat memberi sinar kebahagian dan kegembiraan kepada mereka yang dapat kita kongsi bersama. Semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah SWT dan digantikan dengan yang jauh lebih baik dan melimpah. Sekian ucapan terima kasih dan syukur yang dapat kami sampaikan.
Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami :