#sekilosehinggit - 'Run For A Cause'
1.0 Latar Belakang
Kami barisan pelari #sekilosehinggit yang terdiri daripada sekumpulan pencinta sukan larian
jarak jauh ingin melaksanakan larian ‘Run for A Cause’. Tagline #sekilosehinggit tercetus bagi
mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan sebagai motivasi untuk semua kembali aktif
dalam aktiviti larian setelah dua tahun dilanda pendemik Covid-19. #sekilosehinggit ini juga
adalah satu platform untuk komuniti larian melakukan aktiviti kebajikan.
#sekilosehinggit ini adalah projek pertama kami yang mensasarkan kutipan satu
ringgit(RM1.00) untuk setiap satu kilometer. Walaubagaimanapun tiada halangan untuk
penderma menyumbang mengikut kemampuan masing masing.
Oleh itu, kami memilih acara POTOUR 2022 sebagai platform kepada #sekilosehinggit.
Matlamat kami adalah untuk menghabiskan jarak larian sejauh 79km dalam masa yang
ditetapkan dan tanpa sebarang kecederaan disamping mengumpulkan sedikit sumbangan
kepada pihak yang memerlukan.
Sumbangan akan disalurkan ke Rumah Permata Kasih Al-Mahabbah (PPM-017-07-31102013).
Alamat:
No 3390, Kampung Bagan Berkat,
Bagan Buaya
14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang