๐๐๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐ข ๐ฌ๐๐๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ฅ๐๐ ๐ข ๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ญ๐ข๐๐๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐. ๐๐จ๐ฆ ๐ฌ๐๐ฆ๐-๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐ค๐ข๐ญ๐ ๐๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐๐๐งโ
Sempena Aidiladha yang bakal menjelang pada 10 Julai 2022, Ramai saudara kita yang berkemampuan untuk melakukan ibadah qurban tetapi pada masa yang sama ada juga yang tidak berkemampuan sepenuhnya.
Oleh itu Iddin ingin mengadakan kempen Sedekah Qurban 2022. Kempen ini sama seperti tahun lepas. Objektif Iddin adalah untuk sama-sama membantu saudara kita yang tidak berkemampuan. Iddin menerima berapa sahaja sumbangan yang ingin dihulurkan asalkan seikhlas hati anda.
Target sasaran adalah sebanyak RM300,000 dan tiga buah negara menjadi pilihan iaitu Mekah, Palestin dan Malaysia.
Segala sumbangan yang telah dikumpulkan kami akan serahkan kepada pihak yang berkepentingan (NGO-NGO yang terlibat) bagi menguruskan ibadah qurban ini dengan sempurna. Ramai yang tidak mampu merasai ibadah qurban ini. Jadi mari kita bantu mereka dengan sedekah sedikit seorang untuk menggembirakan hati mereka.
Semoga sedekah Qurban kita menjadi satu pengorbanan mulia di sisi Allah Aamiiin.