๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ฆ๐ก๐๐
๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ก๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ป, ๐๐๐ป๐ฎ๐ณ ๐ฃ๐๐น๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป
Walaupun harga barang menaik, sesetengah masyarakat seokah-olah tidak terkesan dengan harga barang naik, masih boleh makan mewah-mewah. Kita ada pilihan ini, tapi bukan GOLONGAN ASNAF.
Dengan sumber pendapatan terhad, makanan asasi mereka pun tidak mencukupi untuk keluarga. Makanan terpaksa dicatu untuk hari-hari mendatang. Anak-anak kecil tidak mendapat nutrisi yang cukup. Sanggupkah kita biarkan mereka kelaparan, apatah lagi pada zaman kegawatan ekonomi ini? Apakah yang mereka rasa sekiranya makanan pun tiada di atas meja?
Oleh itu, marilah bersama KELAB KOMUNITI JOM BANTU membantu golongan asnaf dengan projek Pek Kebajikan Asnaf untuk meringankan beban mereka.
Sasaran kutipan sebanyak RM50,000 untuk membantu golongan ini di kawasan pedalaman Sabah. Walaubagaimanapun untuk permulaan ini kami sasarkan kutipan RM5000.00 untuk tempoh sebulan.
"Bukanlah orang yang beriman itu kenyang sedangkan jiran bersebelahannya lapar"
(HR Al-Bukhari)
Pek Kebajikan walaupun nampak kecil nilai bagi kita, besar makna bagi mereka. Keperluan mereka yang lain boleh diutamakan, apabila mendapat pek bantuan .
๐ ๐๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐๐๐ฅ๐๐๐ง๐๐ก ๐