Assalamualaikum
Jom Infaq/Wakaf Untuk Pembinaan Masjid As Salam Kg Tampoi Baharu .
Lebih dari 20 Tahun tiada masjid yang besar dibina di kawasan sini. Tujuan utama kami adalah ingin mengutip lebih dari 10 juta untuk pembinaan Masjid dan juga Kompleks Islam. diharapkan semua umat islam dapat membantu kami sama - sama untuk dirikan masjid ini.
Menurut para ulama, apabila berdirinya sebuah masjid maka bangunan tersebut dengan sendiri disifatkan sebagai wakaf, Maka derma atau sedekah yang menghasilkan berdirinya sebuah masjid itu sudah menjadi suatu amal jariah. Pahala suatu amal jariah tidak akan putus sekalipun orang yang empunya amal jariah itu telah meninggal dunia. perkara ini disebut dengan jelas oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam dalam sabdanya :
Maksudnya: "Apabila Seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah darinya akan amalnya melainkan tiga perkara, iaitu melainkan sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan untuknya." (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Ini membawa makna bergandanya fadhilat menderma untuk membina masjid ini.
Mari sama-sama kita membantu saudara kita di Kg Tampoi Baharu agar dapat mengumpul dana secepat mungkin dan seterusnya dapat menyiapkan projek masjid ini dengan segera. Inshaallah.
Semoga Allah S.W.T membina mahligai di syurga buat semua penyumbang aamiin.
Barakaallahhufikum.