...

Bantulah Saya

RM 32 of RM 3,002
Open Campaign
4+
Total Backers
RM 32
Total Collected
SITI ASMAHUL

Saya mohon bantuan dan belas ihsan dari hamba2 Allah di sini jika ada yang sudi berkongsi sedikit rezeki untuk saya dalam menanggung beban kos keperluan harian keluarga kecil saya , Selain dari bebanan kos keperluan makanan harian dan bil api air setiap bulan.


Saya perlu menanggung seorang anak OKU autism , 10tahun dan masih berkeperluan susu sepenuhnya , manakala anak kedua saya berusia 3tahun yang juga mempunyai masalah kesihatan serta anak bongsu saya yang berusia 2bulan yang masih berkeperluan susu dan lampin pakai buang sepenuhnya.Saya turut perlu menanggung kos ulang alik ke hospital untuk membawa isteri saya bagi mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri.


Saya tidak dapat mencari sumber pendapatan yang kukuh kerana terpaksa mengambil alih tugas isteri dalam menguruskan hal2 rumahtangga . Isteri saya menghidap Skizofrenia iaitu penyakit berkaitan mental sejak 4tahun lalu yang menyebabkan dia tidak boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan normal sehingga kini dan perlu mendapatkan perhatian dan penjagaan penuh dari saya.


Sehingga kini , saya bergantung sepenuhnya dengan bantuan jkm sebanyak Rm350 sebulan namun bantuan tetsebut masih tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan.


Saya berharap ada kesudian dan keprihatinan dari pihak tuan/puan dalam membantu keluarga saya , semoga tuan/puan berjaya dunia akhirat dan saya mendoakan semoga Allah bukakan jalan rezeki yang luas atas jasa baik tuan/puan


Terima kasih dari pihak saya sekeluarga bagi tuan/puan yang telah membantu kami.

2 days ago
RM 10
Anonymous
3 days ago
RM 10
Anonymous
4 days ago
RM 10
Anonymous
2 weeks ago
RM 2
User - din