๐๐๐ง๐ ๐ ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐๐ฉ๐๐ง ๐๐% ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐๐ฃ๐ข
๐๐๐ซ๐๐ก๐ข๐ฆ ๐๐ซ๐๐ฐ๐ข, ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ฆ ๐๐๐ฅ๐จ๐ก ๐๐๐ฐ๐, ๐๐๐๐ก๐๐ง๐ ,
๐๐๐ฅ๐๐ง๐ญ๐๐ง.
Alhamdulillah hampir 70% persiapan Masjid Haji Ibrahim Arawi telah dibina sejak dari 2019. Kini hanya tinggal 30% sahaja untuk persiapan ke fasa akhir. Apa yang kami perlukan lagi?
Yang tinggal untuk disiapkan adalah seperti berikut: -
ยท Pembinaan kubah
ยท Pemasangan mozek dan sanitaris
ยท Kipas, lampu & aircond
ยท Pemasangan P.A. System
ยท Interior design Karpet masjid
ยท Mihrab
Bukan itu sahaja, termasuklah komponen Masjid untuk dibina seperti:-
ยท Menara Masjid dengan ketinggian 130 kaki yang boleh didengari oleh seluruh penduduk kampung
ยท Bangunan utama Masjid dgn anggaran luas lantai tingkat bawah 13,000 kaki persegi & tingkat atas 4,000 kaki persegi beserta penghawa dingin.
ยท Laluan berbumbung kiri & kanan di sepanjang laluan pejalan kaki
ยท Menyediakan 34 petak tempat letak kereta di sekitar perkarangan Masjid
ยท Menyediakan ruang-ruang kondusif seperti Pejabat Pentadbiran, Bilik Mesyuarat, Bilik Imam dan lain-lain
ยท Fasiliti dan kemudahan Masjid yang mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)
Ayuh kita bantu untuk fasa akhir ini supaya lebih ramai lagi yang mampu solat disini Insyaallah. Terima kasih bagi para penyumbang. Tanpa bantuan anda kami tak mampu nak sempurnakan masjid ini sendiri.
Nabi pernah bersabda, "Sesiapa yang membina Masjid yang dengannya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga" (HR al-Bukhari dan Muslim)