
ASSALAMUALAIKUM...
Pondok Moden Darul Solah (PMDS) telah mula pembinaannya sejak tahun lepas yang bertempat di Kg. Sawah Chuah, Port Dickson Negeri Sembilan. PMDS dibina bertujuan menjadi pusat pendidikan Agama Islam dari peringkat remaja hinggalah ke warga emas. Pembinaan terbahagi kepada 5 fasa iaitu :
Fasa 1 : Membina 12 buah pondok pelajar, sebuah surau terbuka dan sebuah bangunan pejabat dan rumah guru berserta kelengkapan. Anggaran kos pembinaan Fasa 1 ini berjumlah RM315,000. Baki yang diperlukan lagi dalam jumlah RM150,000. (target siap pembinaan pada bulan Julai 2017 ini)
Fasa 2 : Membina 14 buah pondok teres warga emas 2 tingkat berserta kelengkapan. Anggaran kos pembinaan Fasa 2 ini berjumlah RM320,000. (Mula pembinaan pada bulan November 2017)
Fasa 3 : Membina 12 buah pondok pelajar berserta kelengkapan. Anggaran kos pembinaan Fasa 3 ini berjumlah RM200,000.
Fasa 4 : Membina bangunan 3 tingkat untuk kelas dan rumah guru. Anggaran kos pembinaan Fasa 4 ini berjumlah RM1,000,000.
Fasa 5 : Membina bangunan utama (dewan besar, pejabat dan padang futsal). Anggaran kos pembinaan Fasa 5 ini berjumlah RM2,500,000.
Pihak PMDS menyasarkan kutipan untuk masa yang terdekat ini dengan jumlah RM150,000, kerana pengambilan pelajar insyaAllah akan bermula pada bulan Ogos 2017. Sumbangan dan doa dari muslimin muslimat amatlah pihak PMDS harapkan agar pembinaan dan pengurusan PMDS berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah serta dalam Redhanya. Kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jazak.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0195995542 (Ustaz Mahfuz Roslan) atau ke FB pages PMDS https://www.facebook.com/pondokdarulsolah/
RM50.00
RM50.00
RM100.00
RM10.00
RM10.00
RM5.00
RM100.00
RM100.00
RM2.00
RM100.00
RM50.00
RM50.00