Derma/Infaq/Waqaf Pembinaan Pesantren Darul Tauhid Negeri Sembilan



Pertubuhan Darul Tauhid Negeri Sembilan atau Pondok Pesantren Darul Tauhid ditubuhkan hasil daripada perbincangan antara AF Ustaz Dr Muhammad Yusry Mazlan, AF Ustaz Mohd Nazri serta beberapa orang yang lain. Pondok pengajian yang dibina merupakan cawangan kepada Pondok Pesantren Daarut Tauhid, Purworejo, Jawa Tengah dibawah bimbingan KH Thoifur Mawardi. KH Thoifur merupakan murid kepada ulama tersohor Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki.

Satu pertemuan dengan KH Thoifur Mawardi di Jawa Tengah telah diadakan pada April 2017 bagi menyampaikan hasrat pembinaan Pondok Peantren Darul Tauhid di Malaysia dan telah mendapat persetujuan dan mandat dari beliau. Pada Mei 2017, Pertubuhan Darul Tauhid didaftarkan secara rasmi dan pengajian diadakan di rumah sebagai tempat pengajian semenstara. Pondok ini di bina di atas tiga lot tanah berkeluasan 2 ekar iaitu lot 949, 950 dan 953 Mukim Terachi, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pihak Pertubuhan Darul Tauhid amat mengalu-alukan sumbangan/ derma/ infaq/ waqaf bagi pembangunan pondok pelajar, surau, rumah guru dan fasiliti yang lain. Semoga segala sumbangan yang dihulurkan diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT


Kutipan Terkini 6

RM10.00
Nazri
25.06.2017
RM50.00
Mohd Razi Yahya
24.06.2017
RM20.00
Mohd nazri
23.06.2017
RM1.00
Hamba Allah
22.06.2017
RM2.00
Azman
22.06.2017
RM20.00
www.jomdonate.com
22.06.2017