
Syukur lahirmu TIDAK ke lubang najis, dicelah semak berplastik hitam, hanyut di sungai tersadai di tebing, dimamah binatang hilang anggota, ditanam saat punyai nyawa, ditinggal di surau dikala senja.
Sungguh lahirmu anak syurga, walau tanpa bapa punyai nama. Umpama kain putih tidak berdosa. Punyai mereka berjiwa Manusia.
KITA SEMUA PENDOSA jika dibiar terus leka.

Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Rumah Kita merupakan satu badan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Tujuan badan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu dan menyelamatkan wanita yang terlanjur mahupun yang teraniaya.

Sijil Pendaftaran Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Rumah Kita
Sehingga kini Rumah Kita telah melindungi sehingga 50 orang wanita berusia antara 16 sehingga 35 tahun termasuk dua (2) wanita kurang upaya (OKU) lembam. Hasrat murni pengasas dan pengurus Rumah Kita adalah untuk mengubah stigma masyarakat yang menganggap wanita mengandung tanpa suami sebagai masalah dan beban terutama kepada keluarga dan masyarakat.

Barisan AJK Rumah Kita
Wanita ini perlu diberi sedikit ruang dan kemaafan atau peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Sebab itu, Rumah Kita diwujudkan untuk memberi perlindungan ketika mereka tidak diterima masyarakat mahupun keluarga atas alasan mahu menjaga nama baik dan maruah. Cabaran sekarang mereka perlu bimbingan menjadi insan yang lebih baik kerana mereka juga hamba Allah yang perlukan dorongan.
Kami amat memerlukan bantuan sumbangan dan derma anda untuk menampung kos operasi dan kos pengurusan, kos perbelanjaan asas Rumah Kita seperti bil-bil api, air, pakaian bayi, dan juga makanan seperti susu bayi. Jumlah sasaran yang kami tetapkan adalah sebanyak RM3,000 sebulan.

Antara bayi kecil yang berlindung dibawah Rumah Kita
Sehubungan dengan itu, kami mengharap agar pihak tuan-tuan/puan-puan semua dapat menghulurkan bantuan melalui platform jomdonate.com ini walaupun hanya serendah RM1 sahaja. Dengan sumbangan anda semua, Rumah Kita berharap dapat membantu wanita ini dan juga anak-anak mereka khususnya agar dapat diterima masyarakat Malaysia semua.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN RUMAH KITA
JIKA ANDA ADALAH :-
• Wanita hamil tanpa suami;
• Wanita hamil tanpa kerelaan;
• Golongan remaja bermasalah yang memerlukan perlindungan sementara.
BANTUAN SEPERTI :-
• Pertolongan kerohanian kepada penghuni daripada pelbagai pihak (warden, agensi).
• Penghuni mendapat kemudahan pemeriksaan dan rawatan di klinik dan hospital yang bekerjasama dengan Rumah Kita.
• Penghuni dapat melahirkan bayi dengan selamat di hospital
• Penghuni memperolehi skill terpilih dan motivasi secukupnya untuk pembentukan jatidiri
• Penghuni dapat memulakan hidup baru (kembali bekerja atau pulang ke pangkuan keluarga)
KAMI BANTU URUSKAN
• Makanan dan minuman harian
• Urusan bersalin
• Tanam uri
• Cukur jambul
• Sunat
• Suntikan bayi
• Keperluan pakaian ibu dan bayi
• Urutan selepas bersalin
• Penjagaan sehingga 100hari berpantang
• Urusan klinik kesihatan dan hospital
• Urusan pendaftaran buku merah
• Pendaftaran kelahiran di JPN
Sebarang info atau pertanyaan sila layari laman media rasmi Facebook Rumah Kita :
@ngo.rumahkita
No : 016 - 341 1273
Email : [email protected] | [email protected]
RM100.00
RM100.00
RM100.00
RM100.00
RM100.00
RM100.00
RM10.00
RM20.00
RM20.00
RM30.00
RM50.00
RM2.00
RM100.00
RM5.00
RM20.00
RM10.00
RM50.00
RM7.00
RM10.00
RM50.00
RM50.00
RM100.00
RM50.00
RM5.00
RM500.00
RM5.00
RM50.00
RM5.00
RM5.00
RM5.00
RM100.00
RM5.00
RM5.00
RM5.00
RM10.00
RM100.00
RM5.00
RM5.00
RM5.00
RM10.00
RM100.00
RM50.00
RM50.00
RM10.00
RM1,000.00
RM50.00
RM50.00
RM2.00
RM50.00
RM10.00
RM20.00
RM20.00
RM50.00
RM6.00
RM10.00
RM10.00
RM20.00