Bantu SRITI Lavender & Port Dickson tambah kelas untuk murid baru



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SRITI Lavender & SRITI Port Dickson adalah sebuah sekolah rendah yang mengintegrasikan elemen pembelajaran aliran perdana (kebangsaan), agama (fardhu 'ain) dan juga tahfiz. Ianya adalah salah sebuah cawangan di bawah Pertubuhan SRITI Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Untuk makluman, SRITI Lavender baru sahaja memulakan operasinya pada tahun 2017 dengan pendaftaran seramai 29 orang murid Tahun 1. Manakala, SRITI Port Dickson pula dengan pendaftaran seramai 9 orang murid Tahun 1.

Pada sesi persekolahan tahun 2018, pihak sekolah mensasarkan jumlah murid baru Tahun 1 seramai 75 orang. Bagi memastikan keselesaan murid, pihak sekolah bercadang untuk menyediakan persiapan pengajaran dan pembelajaran untuk 3 kelas iaitu 25 orang murid bagi setiap kelas dengan purata kos sebanyak RM30,000 setiap satu.

Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak sekolah agar kempen JOM DONATE ini boleh membantu pihak sekolah bagi membuat persiapan dalam menghadapi sesi persekolahan tahun 2018 nanti.

Terima kasih.

Maklumat lanjut berkenaan sekolah boleh dilihat di pautan berikut https://www.facebook.com/sritilavender/


Kutipan Terkini 13

RM20.00
Mazruhana Ali
23.06.2017
RM5.00
Hamba Allah
21.06.2017
RM20.00
Abdullah
21.06.2017
RM50.00
Hamba Allah
21.06.2017
RM20.00
shah ahmad
21.06.2017
RM2.00
Azman bin Zakaria
21.06.2017
RM2.00
Azman bin Zakaria
21.06.2017
RM10.00
Husney Azrul
21.06.2017
RM1.00
Ahmad Luqman bin Alias
20.06.2017
RM20.00
No Name
20.06.2017
RM20.00
Hamba Allah
20.06.2017
RM1.00
Rafidah
20.06.2017
RM1.00
Karim
20.06.2017